"kalau dia mengiring, tepuk belakang badan dia, goyang-goyangkan sikit..."
"dia suka macam tu.." , pesan si isteri. Suaminya mendengar dan mengiyakan sambil lalu.
"Kalau saya takde nanti tau lah awak apa nak buat at least.." , sambung si isteri.
----
Jauh dalam hati, dia tahu. Kita manusia akan belajar untuk adaptasi kehidupan walau apa pun terjadi.
Bukan si isteri merisaukan tentang cara-cara untuk menidurkan anak.
Tetapi hati yang akan merindui dalam kehilangan.
Sakitya merindui ini boleh jadi terlalu dalam.
Semakin lama, semakin terpendam.
Kerana bila ada, kita tak akan rasa.
Bila hilang, rindu itu sungguh berbisa.
"Moga sayang-sayangku tidak melupakan hati yang selalu mencintai dan meyayangi mereka"
No comments:
Post a Comment