8.4.17

Dan Malam Apabila Ia Sunyi

Jika punya anak, aku akan berpesan.

"Jikalau rasa mahu mengalah dan berkeseorangan, carilah ketenangan dalam Ad-Duha.."

Sungguh, hati aku cukup tersentuh saat memulai ayat yang khusus ini ; "(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik"  93:3

Ayat ini begitu memujuk hati.
Begitu dekat dalam diri.

Tiap kali menyebut bait-bait dari Ad-Duha, hati seolah terasa sayu. Sungguh, Allah itu sangat dekat. Dan sentiasa memberi pentujuk pada mereka yang merintih meminta padaNya.


Takkan lekang air mata itu dari jatuh setiap kali membaca ayat-ayatMu.

We miss You ya rabb.


Moga kita diterima dengan baik.
Hingga ke akhirnya.


No comments: