28.8.15

Sujud Ana

Tak berangkat kepala dari sujud sehinggalah timbul tangisan dari hatinya sehingga membasahi matanya.

"Kosongnya dunia.", bisik hati Ana.

Perlahan-lahan sibuk dunia mengosongkan hatinya. Ana kuat merasakan begitu.

Kerja tetap dijalankan dengan sebaiknya. Tetapi hatinya tak merasa cukup.

Dia merindui tuhannya. Dia merindui saat hatinya menangisi bersama tuhannya.

Ana terus bersujud. Dia mahu pejam matanya dan menyembah tuhannya. Itulah saat dia merasakan begitu kehambaan.

Tiada apa lagi bernilai selain mati dalam penghujung yang diredhai tuhannya.

Sujud Ana tak lekang menyebut itu.
Dia mahu mati dalam sujud kepada tuhannya. Sujud yang diterima taubat dan amalannya.

No comments: