4.9.14

Kasih (I)


Along the way, you will  realized people whom  stay and  leave.  Then, slowly your heart care more each day for those who stayed , strangely it teach you to love and care others like what they did to you. 


Allahu.
How should I repay all your kindness towards me?


Yang tidak berkira saat aku memerlukan. Yang sentiasa disisi saat aku keseorangan. Yang sentiasa menenangkan saat aku cemas. Yang sentiasa berkata, "insyaAllah, cukup. Kita boleh go on lagi..". Yang sentiasa tepati apa yang dikatakan. Yang cuba bersabar bila saat aku marah. Yang beralah saat dia sendiri tidak mahu kalah dengan egonya. Yang merindui dalam diam. Yang terasa bila kita tidak bertanya khabar dengannya. Yang sentiasa menerima kita tanpa mengira waktu biar dia sendiri dalam lelahnya. Yang sentiasa melayan kepelikan. Yang tidak jemu mendengar cerita yang sama setiap hari. Yang sentiasa memberi walaupun sedikit saja menerima.Yang sentiasa ingat walaupun tidak diingatkan. Yang si kecil mengajar erti sabar dalam lelah. Yang menjadikan hati keras ini makin lembut. Yang membuatkan aku lebih kasih tanpa syarat. Yang membuatkan aku belajar untuk terus memberi tanpa mengharap.

T_T


Mana mungkin aku boleh senang melupakan.
Memang benar jarang sekali aku bercerita tentang kalian. Barangkali kerana terlalu banyak kebaikan kalian yang tak mampu aku ceritakan.



Moga tuhan berkati kehidupan kalian dan kebaikan yang telah kalian beri pada aku dan orang lain.

No comments: