“Seringkali, kita hanya melihat apa yang seseorang izinkan untuk kita lihat. Maka memang belum tentu, yang kita lihat adalah yang sebenarnya.” - Tia Setiawati
Kasarnya dia.
Egonya dia.
Angkuhnya dia.
Adakah itu benar-benar dia?
Atau itu hanya lapisan yang dilakonkan semata melindungi kesakitan yang tak terbendung rasa.
Aku kasihan.
Cuma sabar aku itu masih lopong.
Terlelah-lelah menahan. Lalu aku beredar mencari ruang untuk terus belajar menerima dalam diam dan kejauhan.
Aku tertanya, bisa berubahkah kau, bisa hilangkah rasa sakit itu agar kau bisa berlembut dalam lakumu dan tuturmu?
Adakah manusia berubah atau situasi yang berubah? , itu juga persoalannya.
Tak mengapa. Aku memerhati dalam diam.
Doaku, agar hatimu lembut dan dituntun ke jalan yang benar dan diredhaiNya.
Moga kau berjaya dalam mencapai cita-citamu. Terbanglah, pergi. ibarat merpati kata kau. Capailah apa yang kau mahu tak kira dimana kau berada, aku doakan yang terbaik buatmu.
Semoga berjaya.
No comments:
Post a Comment