February 26, 2012

Rehat Sebentar Bersama KitKat

Zaman sekarang ni terlalu banyk sangat sumber untuk menyuarakan suara dalaman. Lagi-lagi yang boleh disuarakan secara kerap seperti Twitter dan Facebook, tiba-tiba hati aku rasa seperti tidak tenang. Lalu sekarang aku mengambil keputusan untuk menutup akaun itu. Sehingga bila?


Aku pun tak tahu.



Sehingga aku rasa mampu untuk mengawal diri untuk bersuara barangkali.
Cukup disini aku rasa untuk katakan apa yang sepatutnya (dan kadang-kadang yang tidak sepatutnya). Hihi.


Sekian. Semoga hari-hari kita ceria sentiasa. :)

February 25, 2012

Just A Stranger



" It's not what you say, but what you don't say
It's not what you do, but what you don't do
It's not where we go, but where we don't go
It's like I don't even know you anymore
You're just a stranger, a stranger...."



Ironiknya. Kau itu sebenarnya adalah aku.

February 19, 2012

Kids & Shah Alam



14012012
Wisma Majlis,Shah Alam.

Al kisahnya gambar-gambar ni diambil masa aku dan team member lain buat case study area Shah Alam. Kebetulan dekat dewan tu ada majlis perkahwinan. Nampaklah budak-budak ni  main campak-campak bunga. (apa kita panggil tu??) Lalu aku pun snap senyap-senyap pada mulanya. Tapi, biasalah budak-budak pantang nampak kamera. Apa-apapun, two or three of them sangat sweeett! Plus pandai gila pose bila nak snap.  Sangat seronok luangkan masa dengan mereka walapun sekejap. :)

Last but not least, one of my fav..


Sweet tak? haha





p/s: Agak kurang best, sebab tak banyak koleksi gambar-gambar manusia dalam simpanan.
p/s/s: Dear Sam, maaf kalau lepas ni aku cari lain. Tapi aku takkan lupakan kau. Kau jangan rosak pulak kalau aku ada niat nak cari lain! -___- Bertahan sampai bila-bila ya.

February 18, 2012

It's Jumuah "Friday




Aku tahu hari ini Sabtu.
Tapi nak share jugak ni. Best!
Selamat mendengarrrrr. :)

February 13, 2012

Sedalam Mana ?

Sedalam mana kau simpan semuanya itu?
Katakan padaku.






Sedalam mana ?

February 7, 2012

Waiting On The Other Side. Maybe ?

30012012
Orang Utan's House, Melaka


Di simpang tiga. Terkejut sebentar. Nampak macam ada orang yang memerhati. Rupa-rupanya si patung botak ditepi. Nasib baik nampak waktu tengahari. Kalau malam, mahu ada yang pengsan ditepi jalan itu nanti. Banyak lagi yang perlu dicari. Bukan hanya disini. Tapi jujurnya, aku masih merindui Melaka. sigh. Fikir ada kelas plus duit makin sikit je ni. Kalau tak... ......hihi.

Baiklah. Mau kroohhhhhhhhhhhhhhhhhh. Esok ada 8jam untuk dipenuhi dengan termenung dan tidur berulang-ulang. Nampaknya kena kembali ke realiti. kelas dan tekanan datang semula~ * sila buat nada Tooraaaa!


Moga hati dan minda ini terjaga. Banyak perlu diselesaikan. Sekian. Selamat malam!
Salam. 

February 5, 2012

Blink Blink From KT

05022012
Kuala Terengganu

Secara rasminya menaip dengan waras di kawasan yang baru dijejaki iaitu KT. Terkejut tengok muka sendiri dalam kamera orang dengan muka sembab kena pelempangnya. Aish. Mana la tak sembab. Tidur secara padu 7 jam dalam bas. Padu habaq hangg. 1 jam tu lagi aku peruntukkan untuk makan.  Boleh dikatakan, ni trip tak rasmi ke sini untuk case study project terbaru. (ayat nak over je) Tentatif program pun boleh tahan ohsem. hahahaha. 

Selasa nanti balik, sure Rabu akan ada kelas. Tak tahu la gaya macam mana aku akan terlentang dalam kelas nanti. TAK TAHU LAAAA. Mohon encik yang ke trip bersama kami ini memberi sedikit belas dan kasihan. Sedikit je  boleh? Nak extra cuti rabu sampai jumaat ni? haha.

Whatever it is, masih mencari Soul Of Terengganu. Harap jumpa. hew hew. Have a good day people! 

February 4, 2012

OneLahSangat.


01022012
Morten Village, Malacca


Malam sebelum pulang ke  Amtsrebernam . Melarikan diri sebentar. Saja nak tengok view malam. Rushing, cari basikal. Ronda-ronda. Kemudian lepak dengan cik Mun. I can say that I had a great days at Malacca. Tolaklah dengan kerja di Pantai Klebang semua tu bagai. Tu jangan nk kata tension, pressure semua ada. Grrrr.  Tapi tolak tepi dulu. Kita fikir benda-benda elok je sekarang ni yaaaaa. Actually, masa pulang tu agak merindui Melaka. Merindui site di Kampung Hulu. Rasa sedih je bila nak tinggalkan Masjid Kg Hulu. Dah macam 2nd home pulak rasanya kat situ. Dengan keramahan orang-orang disana. Ishhh. Meruntun memori betullah.

But now, back to the real reality. Bangun pagi tadi. Dengan kenyataan bahawasanya petang tadi ada kelas. Ohsem gila. 8 days trip non stop working plus got class on the evening with 2 hours mukadimah for nothing. hew hew. I'm lovin it.  Kalau tak dah boleh balik awal pastu lepak lama sikit kat rumah. hew hew hewwwww. Nevermind, I'm lovin itt beybehhh.

Walau apa apa pun. Melaka. Ktorg rindu 'anda'? (Pelik jap)

Dan berbekalkan masa 8 jam lagi. Aku nak cuci mata tengok dinding-dinding rumah, kipas yang berhabuk ni, monitor yg dah lama tak tatap ni dengan almari lendut ni. Rindu.

Esok~ Which is pagi nanti, Sumpit aku tidur dalam bas selama 8 jam. Cantik sangatlah tu timing nak makan ubat pastu tidur terlentang dalam bas. Hewwww. Again. I'm lovin it.


Mohon esok tade orang check in kat hotel 3 bintang atau lebih. Aku dah nak pokai ni. Memang tak memasal aku beli khemah saiz S, tidur tepi jalan 4 hari ni kang. Mohon yaaa. Kata nak backpackers, kalau esok aku nampak ada bawak beg bimbit macam pak datin, memang aku sebat dinding bas diam diam tepi jalan tu.


p/s: Dear wawa, aku harap kau ada dalam tempoh terdekat ni. Gonna visit you soOoon.  (harap harap)




Tatas for now. Salam.
 
 
Copyright © SesumpahKu
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com