December 25, 2011

48Jam Yang Padu!

Kalau kau tonton cerita IF. Kau akan rasa seperti salah satu watak itu. Dan cuba teka aku sekarang rasa seperti watak yang mana? Cuba cuba.

Itupun kalau kau pernah tengok cerita itu. Kalau tak. Anggaplah aku macam bertanya soalan dari planet Marikh. *Sigh.
It won't work out obviously. Baik aku ambil playdoh aku lalu main sorang-sorang kan? Demmit.


Jadi sekarang. . . .

Aku.
Aku.
Aku.


Aku . nak rehat secara padu dengan benamkan diri kedalam bantal bukan milik aku secara padu dengan hati yang bengkak secara padu. Lalu pejamkan mata secara padu. Dan berlakon seolah-olah esok tiada apa yang pernah berlaku secara padu.


Kerja, datanglah secara penuh gemalai. Sapa aku dengan kelembutan walaupun aku tahu kau akan benamkan aku dengan penuh kesakitan yang padu. Tak mengapa. Yang penting aku boleh lupakan perasaan kewanitaan lembik ini secara padu buat sementara waktu.

Manusia, kau memang perencah adabi secukup rasa tepat pada waktunya. Mr.Mars. I miss you. Aku rasa kau kena hentikan lagu It Will Rain. Kau tak perasan ke hari-hari aku ditemani hujan. Nasib baik bukan hujan air mata. Cuba buat lagu, Dear Ain pulak ke apa ke? At least, kau boleh buat berjuta Ain di dunia ni gembira. Paling-paling aku ni ha.


But then, mhsafjsdhfk lagi. Aku tak patut jebakkan diri ke dalam segi tiga bermuda itu. Arghh *tumbuk tetikus kuat kuat


Selamat jam 1205 pagi.
Aku dengar fireworks kt tepi.
Tata lagi.

December 20, 2011

Its Tuesday!

Petang tadi, berjalan sorang-sorang untuk pulang aku tergelak sorang-sorang. Lucu dengan diri sendiri. Aku rasa aku mempunyai ramai kawan-kawan yang supportive, tapi minda ni mudah terganggu dengan benda negatif. Payah kan? Haha.

Jadi, mulai sekarang kena latih minda untuk ingat memori-memori yang mengembirakan. Dan memulakan hari dengan azam yang baru. haha.


Btw, terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa bersama kami which is me and Nik. Thanks pada Mirul & Adel bawak tour around KAED , tunjuk presentation board dia yang gempak tu. *humble*  Tengok manual presentation drawing year 3 tadi pun rasa sangat humble. Jauh lebih baik kalau hendak dibandingkan dengan diri ini. *sob sob

Dan my last semester pun sudah menjelma. Hati rasa sangat berdebar-debar. Tak tahu kenapa. Lot of things in my mind. Itu ini bagaimana bila kenapa dimana. Ahh. macam macam. haha. Takpelah. InsyaAllah. Boleh lagi tempuh Kalau penat. Kita rehat. Simple. Ini baru nak start. Kena betul-betul prepare mentally. FUHHH. :P


Oklah. Rasanya dah boleh kemas-kemas barang. (bukan barang, tapi sampah) haha.

Dan fellow friends sama sekolah. Welcome back to school. Serve people with your sincere smile and good attitude. (boleh tegur kalau rasa aku tidak senyum dengan ikhlas atau sikap masih tidak elok) Tapi biar betul pada caranya la ye. :)


Itu saja. Selamat malam dan tidur nyenyak semua. Terima kasih kerana menyerikan hidup aku. Ditujukan ikhlas  KEPADA SEMUA. :) Yang jauh jauh diperantauan tu pun aku sentiasa ingat ya. Jangan touching. hahahaha.

December 19, 2011

LEM-BIK

Malam ni malam lembik bagi aku kot.
Lembik gila. Cam LEM-BIK.

Hamek kau dari petang sampai malam layan lagu hindustan Mann. Lagu Dayang Nurfaizah bagai. Aku rasa aku tengah mengalami mood swing. Lagi-lagi mood swing nak buka sem baru ni. 3 minggu tu macam tak memadai nak heal luka-luka lama. (Cheettt) luka haprak aku la kan. hahaha.

Plus, tengah fikir ni camna nak minimize space dalam bilik. Grr. Barang-barang aku dari semester ke semester sangatlah menyemak. Nak buang sayang. Nak simpan taktau nak letak mana. aaaaaaaaaa.

Pape la.

Nah, layanlah videoclip cite hindustan cinta-yang-terpaksa-diserahkan-pada-orang- lain ni. Sedih sikit. So what, tu la namanya cite hindustan. Sesuai layan waktu-waktu lembik camni. hahaha.



p/s: kenapa takde orang jual pisang goreng waktu malam????

December 17, 2011

Melepaskan Rasa :)

Pada asalnya hendak membuat entri, Basi Tapi Masih Di hati. Tapi aku biarkan menjadi draft. Sebab utamanya ialah benda tu dah basi. Tak elok nak disajikan. Muntah pulak orang. Lagi-lagi bercerita tentang sakitnya hati. Ada satu pepatah mengatakan, "Jangan membuang sedetik pun masa mengenangkan orang yang kita tidak suka..." Jadi, aku membuat keputusan  untuk biarkan saja.

Plus, aku terjumpa status ni :
Semoga masih ada esok untukku. Maafkan semua org sebelum tidur, dan mohon agar Allah lembutkan hati org yg kita tlh buat salah kpdnya & dpt memaafkan kesalahan kita juga. Dengan nama Mu Ya Allah, saya hidup & saya mati, amin..   Atrh Roslan


Tuntasnya, walaupun sakit hati tu masih berbaki setiap malam aku cuba maafkan. Dan aku juga berharap hati insan-insan yang pernah marah dengan aku atau pun tidak suka dengan aku tu dilembutkan hatinya untuk memaafkan kesalahan aku juga.






Hahh! Rasa lega begini. :)
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca.
Selamat Malam.

December 16, 2011

ahrdsiaudfdskfkjsdjf!

Sakit dan rimas semalam. Serta bengang pagi ni. Aku rasa aku boleh kumpulkan pressure bengang tu dan tumbuk something atau sesetengah orang panggil benda tu punching bag.


Mungkin tak laratlah nak kasi gerak benda tu. At least aku ada sesuatu nak salurkan kebengangan ni.Kannn??
Okey. Apa-apa aje. ksfbsdjkhg kdjhfjsdgfjdgdsjkfhskjdfsd.

Bye!

December 14, 2011

Kids :)

" Bercakap dengan kanak-kanak lebih membuatkan kita berfikir dari bercakap dengan orang dewasa yang tidak mahu berfikir." - Aku

Jangan diperlekehkan suara kanak-kanak ini. Barangkali ada sesuatu yang mahu dikongsi. Jangan dikatakan gila idea mereka. Kalau satu hari nanti idea itu digunapakai oleh semua manusia.

Ambil masa. Dengar.  Ambil masa. Perhatikan. Tak perlu nak sibuk-sibuk dengan kerja kau yang tak pernah nak siap. Duduk tepi anak-anak, ambil masa dengar bersama cerita mereka. Menarik. Ada dinasour yang boleh terbang. Ada kereta yang boleh lipat. Kelakar. Kau pun takkan boleh duga jenaka dari cerita mereka.  Lebih awesome dari lawak si dewasa geliga. haha.






After these few days, I'm gonna miss every moment with those random kids.
Aaa. Hidup, kau tak sepatutnya tension and study should be fun kan? 
Yosh. Mari mencari pengertian ITU. hihi.


Selamat malam. Dan semoga berbahagia selalu!

December 11, 2011

Rugi Tak Rugi, Lapar Tetap Lapar.

"Orang malas selalu rugi."- Ain Farhana , 2011 & Forever



Ahh, kata-kata yang diinspirasikan bila seseorang itu dah terlalu lapar tapi malas untuk bergerak kemana-mana bagi mencari sesuap makanan. Seperti aku.  Hari ini tepatlah 12jam aku bermalasan untuk tidak memasak bagi memanjakan perut ini dengan makanan. Maafkan aku perut. Hari ini je okay. Lagi dua jam ke tempat kerja. Okey. Serius malas betul nak masak. Seriussssssssss. OMAIGOD. Tapi nak bawa bekal. (Berjimat konon) Tapi malas.

See. Betul tak orang malas selalu rugi? 

Aaa. Okey. Sat, aku tengah fikir nak masak apa. Bosan, hari-hari masak kicap. Kicap kicap hari hari. Hari pun dah bosan dengan kicap. Kicap lagilah dah bosan dengan hari. Mana aku boleh cari resepi express dengan menggunakan tidak lebih dari 5 bahan masakan dan tempoh memasak tidak lebih dari 20minit? Hmphhh. (biar aku reka sendiri) pastu yang makan semuanya tercirit-cirit. Nice!


Wehuhuhu. Baiklah. Bersiap. Kita kena berikan senyuman paling manis hari ini pada para pelawat walaupun perut akan berbunyi-bunyi nanti. Serius malu. Tapi aku rasa mereka pun faham kot. Hihihi.


Adios. Have a nice Sunday. Let the sun shine on you. Kih3.

December 10, 2011

Don't Give Up - Bruno Mars




" Don’t give up, keep on going,
You’re on a boat, so keep on rowing
Don’t give up, don’t ever stop
Try and try and you’ll come out on top
Don’t give up" -
Bruno Mars



Tepat tak pada masanya? Hihi. Thank you Bruno Mars. ♥
 

Walaupun kegagalan itu memenatkan, tapi hidup tak pernah berhenti berputar. Yakin, pasti ada kejayaan dihujungnnya kelak. Cuma, usaha itu harus ditingkatkan lagi. Ye dop ain? (kannn)


Yosh, kumpulkan semangat untuk fasa lagi satu! Adios amigos. :)

December 9, 2011

Harap- Haraplah

Aku harap jauh itu memberi ruang.
Tapi aku gusar bila masa dekat itu tiba , aku pula yang menjauhi.


Aish. Kenapa tidak boleh seimbangkan saja?





Tidak mengapa.
Lupakan.






Selamat malam New York.
Rehatkan dirimu. Esok kau pasti akan penat kerana terlalu sibuk.

December 5, 2011

Kita Kadang-Kadang Terlupa

“Ramai berlumba-lumba nak jadi ‘SOLEH SOLEHAH’ tapi sayang, niat bukan kerana Allah, tetapi niat semata-mata untuk mendapat pasangan yang ‘SOLEH SOLEHAH’.

Rugilah kita,kerana dunia,kita berubah,kerana dunia,kita usaha,kerana dunia kita berkorban tapi tidak bertunjangkan lillahi Ta’ala. Alangkah ruginya kerana kita tidak usaha untuk cuba rasai nikmat CINTA ALLAH. Tetapi hanya cinta makhluknya yang kita dambakan.Rugi, serugi, ruginya..” - Khazinatul Asrar




Tersentak sekejap. Niat asal tu semakin dilupakan. Manusia oh manusia, memang mudah lupa. Nasib baik masih ada yang sanggup untuk mengingatkan. Terima kasih pada mereka yang tidak jemu mengingatkan dan menasihatkan.
 
 
Copyright © SesumpahKu
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com