December 17, 2011

Melepaskan Rasa :)

Pada asalnya hendak membuat entri, Basi Tapi Masih Di hati. Tapi aku biarkan menjadi draft. Sebab utamanya ialah benda tu dah basi. Tak elok nak disajikan. Muntah pulak orang. Lagi-lagi bercerita tentang sakitnya hati. Ada satu pepatah mengatakan, "Jangan membuang sedetik pun masa mengenangkan orang yang kita tidak suka..." Jadi, aku membuat keputusan  untuk biarkan saja.

Plus, aku terjumpa status ni :
Semoga masih ada esok untukku. Maafkan semua org sebelum tidur, dan mohon agar Allah lembutkan hati org yg kita tlh buat salah kpdnya & dpt memaafkan kesalahan kita juga. Dengan nama Mu Ya Allah, saya hidup & saya mati, amin..   Atrh Roslan


Tuntasnya, walaupun sakit hati tu masih berbaki setiap malam aku cuba maafkan. Dan aku juga berharap hati insan-insan yang pernah marah dengan aku atau pun tidak suka dengan aku tu dilembutkan hatinya untuk memaafkan kesalahan aku juga.






Hahh! Rasa lega begini. :)
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca.
Selamat Malam.

0 bisik bisik:

 
 
Copyright © SesumpahKu
Blogger Theme by BloggerThemes Sponsored by: Premium Templates | Premium Wordpress Themes. Distributed by: Blogger Template