|
| Aktiviti mencari remis. |
Ada antaranya diambil dikawasan Kuala Selangor dan ada antaranya di kawasan Bagan Nakhoda Omar. Kawasan pantai remis, nak kata lawa tidaklah lawa. Tapi ada juga terselit keindahan disitu. Gambar kedua terakhir diambil sewaktu menunggu matahari terbenam. Tapi kami tak dapat nak tunggu sampai betul-betul terbenam. Sebab, kaki masing masing dah gatal dengan air laut tu. hihi. Kat situ tak buat apa sangat, sekadar melihat orang main layang. Budak-budak korek tanah cari remis. Kata orang kat sana, remis sedap tumis sambal. Jujurnya, aku tak pernah makan remis lagi. Gonna try it kalau ada kesempatan. Plus, dekat situ pun terkenal dengan Mentarang. Aku panggil, kepah pensil. Sebab bentuk dia tirus.Tapi taklah senipis pensil. HOHO. Tak dapat nak tunjuk sebab tak pernah stop by tepi jalan nk beli pun. Entah sedap entah tidak, aku pun taktahu.
Baiklah, harus bersiap siap pack barang yang tak pernah di-unpacked 4 hari lepas. So, just grab beg dan balik. Kene pack CPU ni bagai. Penatlah bila teringat nk kena angkut sampai aras 4 bersamaan dengan 5 filght tangga dan beberapa puluh steps dan ditambah dengan langkah bersamaan dengan lebar 7 bilik. Tapi bak kata pepatah, alah bisa, tegal biasa. Agi idup agi ngelaban. Bagai aur dengan tebing. Bagai isi dengan kuku. Sudah terhantuk baru nak tertidur.
Ah, camtulah kan.
Dan next week, akan ada final, so yang akan menghadapi finals dan SPM good luck! Yang sebidang dengan aku, kau campak tepi je project fnal tu. Kejar paper teori dulu. Penat kan asik mengadap kerja tu. ahaha. *teruknya advice aku ni
Dan yang lain, well jangan kata aku tak ingat korg tau. SENTIASA INGAT. Cuma jarang bertegur. Segan. Hihi. Hihi. (Gedik macam nk mintak penampar. )
Itu saja dariku.
Salam. Have a nice day. Semoga berbahagia sentiasa. :)








0 bisik bisik:
Post a Comment