skip to main |
skip to sidebar
" People change.. So that you will learn how to let go..." - @walkwayqoutes
Bercakap tentang perubahan, perkara itu sesuatu yang kita kadang-kadang tidak boleh jangka. Lagi-lagi jika kita bercakap perubahan dari segi sikap manusia dan juga perlakuan mereka. Semua boleh berlaku dalam sekelip mata. Lebih teruk jika perubahan itu sendiri kita tidak tahu dari mana datangnya punca. Kalau yang boleh membawa kepada salah faham bukan akan teruk kah jadinya?
Jadi sekarang ini kiranya aku sedang mengalami perubahan yang disebabkan oleh homosapien yang lain. Suatu keadaan yang aku terpaksa biasakan tanpa aku tahu sebabnya yang kukuh. Rasanya seperti mahu menerajang tapi taktahu pada siapa. Dahulu kata-kata seperti harapan kini tinggal seribu satu kepalsuan. Ouch gila. Tapi itulah sikap manusia. Selagi mampu bicara manis, selagi itu dituturkan puisi madah tapi tak sedar nanti jadi padah.Bagi yang terkena pula bagai makan hati berulam kerabu. Hadapkan saja. Tapi untuk terkena lagi boleh kirim salamlah ya.
Sudahlah. Biarkan. Adalah sebabnya kenapa. Yang sini teruskan hidup. Kembali kepada titik fokus yang ditetapkan dahulu. Yang disana, aku doakan semoga kau terus berbahagia dan sentiasa dalam keadaan tenang sentiasa.
0 bisik bisik:
Post a Comment