Sejujurnya, 2 hari di kampung memang tidak mencukupi. Tapi desakan kerja sekolah tu sangat memberi tekanan. Menyesal juga keran mensia-siakan waktu sebelumnya. Fikir diri sempat jikalau dua atau tiga hari dibazirkan. Tapi sekarang, menyesal tak sudah.
Memang masa itu bukan kawan kita. Senang juga jadi lawan. Sukar seiring. Tercungkap jika mahu berdamping.
Sekarang pun kiranya aku bazirkan detik masa itu. Ish. Manusia, memang mudah terleka. Bila tekanan datang, baru kerja itu hendak digerakkan. Sigh.
Ok. Mari kita selesaikan apa yang patut diselesaikan.
p/s: sangat merindui kampung ketika ini. (time ni jela kan)


0 bisik bisik:
Post a Comment