July 1, 2011

Salam 1 Julai

Hari ini berkerja dengan kudrat yang setakat ada. Ya, setakat ada... bermakna berdiri dari pagi sampai petang dan sentiasa senyum melayan karenah orang awam dengan hati yang terbuka.
Nasib baik masih ada kanak-kanak yang inesen yang masih mampu membuat hati ini senang. Comel. Dan mengembirakan.
Bolehlah lupa sedikit perkara yang sepatutnya. (sekejap)

Hari ini juga barangkali hari terakhir berkerja bagi bulan pertengahan tahun ini. Selepas ini, jenuh dengan kerja-kerja sekolah yang sangat dicintai. Penderaan mental, rasa nervous yang melampau, dugaan seperti biasa dan sebagainya. *lantaklah

Oh, tak lupa juga dapat melepaskan rindu pada kakak comel yang pernah mengajar aku sewaktu OJT. Haaa. rindu habis! InsyaAllah, ada kesempatan  bisa ketemu lagi ya. Thank you for belanja me for this evening yahh!

Dan untuk esok dan esok. Merantau la sebentar. Dan esoknya, kalau ada bajet mahu dimulakan project DIY. cumaaaa. Walaupun DIY dan reuse barang-barang terpakai masih memerlukan wang. Kalau setakat RM3 dalam dompet, naik bas pun cukup-cukup makan je. *sigh. Payah betul. Bila nak masuk gaji. Grr.

Untuk minggu depan sudah mulanya semester baru. Barangkali  kelam-kabut sedikit bila dah masuk "senior" year ni. (pale hek la kan senior kau tu) . Yela, dulu masa jadi junior semua macam teratur. Sekarang, bila dah lama tak uruskan hal-hal sekolah jadi janggal sikit. haha. Padahal je.

Tak lupa juga, Alhamdulillah untuk result short sem baru-baru ini. Dan result-result yang lain. Cuma menanti result yang bakal dimohon nanti. hihi. Harap diluluskan juga. HARAP. Dan sangat mengharap semoga semester bakal mendatang ini semua berjalan dengan lancar. Walaupun sesibuk macam mana sekalipun dan seberat mana pun dugaan itu.

Semoga diri ini terus tabah.



Sekian.



Yang benar,
Aku.

0 bisik bisik:

 
 
Copyright © SesumpahKu
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com