July 5, 2011

Jangan Terlalu Benci

"Kadang-kadang apa yang kita tidak suka itu adalah yang terbaik untuk kita...."


Setiap kali permulaan semester mesti rata-rata merungut untuk pulang. Aku pun antara yang begitu juga. Mungkin kerana kami jauh dipendalaman dan serba kekurangan disitu tambah lagi para pelajar ini rata-ratanya anak bandar yang tak pernah rasa hidup tanpa kemudahan dibandar maka tercetuslah rasa tidak suka, merungut dan sebagainya. 

Tapi sejak mula praktikal sampailah baru-baru ini selesainya semester pendek, buatkan aku rasa pulang ke kawasan itu tidaklah seteruk mana. Niatnya pun satu. Untuk belajar bukan? Jadi rungutan itu mula kurang. Fokusnya lebih sikit dari sebelum-sebelum ini. Cuma bagi rakan-rakan lain. Masih begitu. Masih dengan rasa tidak suka mereka. Yang itu, tak dapek den nk nolong eh. Moga dapat kesedaran dan lebih bersyukur dengan apa yang ada.Walaupun aku tahu, ramai antara mereka yang teruskan dalam bidang ini atas sebab paksaan , tiada pilihan tapi takut untuk mengubah haluan hidup. Jadi lebih senang untuk merungut dari mengambil risiko.

Aku layankan saja. Sudah terbiasa.
Cumanya harap-harap masing-masing menjadi lebih matang dari merungut macam budak sekolah tadika yang kurang matang akalnya. Dan bagai minta penyepak jika berlaku depan mata.

Eh, marah pulak dia. haha.


Okey tak nak melalut panjang lagi dah.
Untuk anda-anda diluar sana.. semoga semuanya berjalan dengan lancar bagi kita semua. Dan berharap banyak perkara baik yang mendatang kelak.


Adios. Salam~


0 bisik bisik:

 
 
Copyright © SesumpahKu
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com