Semua orang dah semangat pasang azam.
Tapi sebenarnya aku dah pasang azam hari-hari dah.
Buat tak buat je.
Tapi disebabkan konon nak up to date dengan semangat berkobar-kobar manusia lain, aku pun nak challenge mereka semua dengan menyatakan azam aku untuk tahun baru 2011 ini.
Azam aku tak lain tak bukan, ialah untuk mendirikan rumahtangga bersama Bruno Mars. HOYEAHHH!!!!
Azam yang terbaik pernah aku buat selama aku tahu apa itu AZAM TIPIKAL TAHUN BARU.
HAHAHAHAHA.
Semoga tercapai.
Tapi tanak lah. Nanti tak bahagia. Walaupun hari-hari cair tengok dia senyum.
Aku nak dengan rasaksa tu je. HAHAHA.
Oh, semoga tahun 2011 ini lebih padat dengan aktiviti yang bermanfaat serta boleh jadikan aku billionaire dalam masa yang pantas dengan cara yang halal. Supaya aku boleh jadi hartawan yang memiliki tanah-tanah mahal di Malaysia agar dapat membina rumah kos rendah tapi nampak mahal untuk warga Malaysia yang masih tidur bawah jambatan dan tepi-tepi lorong. Serta akan memansuhkan rumah pegawai kerajaan yang kosong dan berhantu serta yang berada di kawasan-kawasan strategik supaya aku boleh bina sekolah yang lebih selesa dan besar macam International School untuk anak-anak di Malaysia belajar dengan aman dan tenang dan berbakti dengan jujur pada kerajaan. InsyaAllah.
Selain itu, azam tahun baru ini adalah ingin berubah menjadi agresif dan proaktif supaya dapat mengantikan Chairman syarikat dan sebagainya.
Azam sebagai seorang manusia pula ialah aku ingin membuat billboard kesedaran supaya manusia mengamalkan car pooling agar negative space atas jalan raya dapat dikurangkan. Dan kita pun boleh balik dengan aman. Polis trafik pun boleh balik cepat. Korg pun dapat jimat petrol sebab tong-tong duit minyak dengan orang lain.
Oh, sebenarnya ada lagi azam lain sebenarnya. Tapi akan aku sambung bercerita dan melabelkan sebagai azam harian.
Sekian terima kasih.
Bye 2010 yang boleh tahan.
Selamat datang 2011 yang aku tak tahu kau macam mana nanti.



